Entry basi yang baru nak hupdet.Actually bulan mac aku dijemput menjadi photographer yang tak bertauliah kepada seorang kawan aku(adik die kawen).Before nie aku memang ada ambil gambar kahwin tapi xde la secara profesional juz suka-suka jew.Tapi atas kepercayaan beliau aku terpaksa juga "menembak" adik dia dengan pose2 yang menarik.Yang paling aku suka kawasan kampung dia sangat cantik koz ada sawah padi.Seyesly kagum :).Kowank layan la gambar die nak komen pun boleh aku terima dengan hati terbuka.
sayabudakgumukepunyaanoncet
Sunday, April 24, 2011
Saturday, April 23, 2011
MASALAH KEGEMUKAN
Semenjak mak aku meninggal aku nie banyak makan.Mugkin itu cara untuk aku lupakan arwah dan yang malangnya berat badan aku melonjak dari 58 ke 62kg.Sumpah aku terperanjat sebelum ape-ape yang terjadi aku perlu mengatai masalah tersebut.Tapi aku nie takut sikit nak makan ubat diet,x taw la nape mungkin aku takut akan kesannya.That why aku ngah search fitness yang berdekatan untuk aku menurunkan berat badan nie.Rasa-rasa berjaya tak aku turunkan berat badan aku ke 55?Mulai harini aku jugak perlu jaga pemakanan tapi malangnya budak opis aku semua kuat makan.Kalau aku tak join mulalah diaorg tapau tok aku.Tulah yg susahnya.Disebabkan itu,aku kena kuat harungi semua nie untuk menguruskan berat badan aku.So chaiyo0k2x. :)
Thursday, April 21, 2011
Impian yg bermakna
Setelah menyepi beberapa bulan aku memberanikan diri untuk membuka blog nie.Aku memerlukan ruang untuk teman bercerita tapi hati aku xhingin untuk berkata.Mungkin aku nie terlalu mengikut perasaan dan mungkin jugak aku nie takut akan bayang-bayang sendiri.Setiap wanita mempunyai perasaan yg sama malangnya adakah impian itu berpihak kepada aku.Mungkin dugaan nie yang perlu aku harungi.Aku perlukan kekuatan dan menerima dugaan dengan hati terbuka.Doakan semua benda berpihak kepada aku.Aku memerlukan doa kalian dan semangat untuk aku meneruskan hidup serta menghadapi kenyataan yg akan datang
Tuesday, March 8, 2011
sakit hati di pagi hari!!
Kalau bodoh, jgn buat bodoh. Kalau pandai, jgn memandai-mandai. Kalau rendah, jgn merendah-rendahkan orang, kalau tinggi...rendahkanlah diri - SN
*kalau ko baca ni mesti kena sedas la...tq SN bagi pepatah yg sangat bgus untuk orang yg xbrape bgus ni :P
Monday, February 28, 2011
Hutang Oh Hutang
Da berhabuk da blog ni kan.Biasa la nak vacum habuk nie ambil masa ckit.Thankz untuk kowank semua yang doa supaya aku kuat lalui hari mendatang tanpa seorang emak.Dengan berkat doa kowank aku redha dengan ujian yang diturunkan.Untuk pengetahuan kowank cukup 40 hari arwah mak pergi meninggalkan kami cuma semenjak arwah mak takde aku,ayah and my sis demam.Maybe kami rindukan arwah.Setiap weekend,aku menziarahi kubur arwah cuma kadang-kadang aku tak cukup kuat untuk tahan dari menitiskan air mata.Aku until now masih terbayang-bayang muka arwah macam orang tidur yang nyenyak dan last week aku mimpi arwah ajak aku mandi dekat perigi.Air tu sangat jernih dan sejuk kami mandi sambil bertukar senyuman.Muka arwah berseri-seri dengan memakai telekung.Mugkin itu tandanya arwah bahagia disana.Semoga roh arwah ditempatkan orang-orang yang beriman.AMIN
Tuesday, January 25, 2011
Bila bintang tidak bersinar
Emak,kau bagaikan bintang bersinar diawan kini malap tanpa serinya.Emak,kau pergi meninggalkan semua serta membawa semangat saya bersama.Dimana setiap pagi dan petang saya bangun sediakan makanan serta suapkan emak.Sekelip mata ianya pergi.Tidak pernah terfikir emak pergi secepat ini.Bukan saya tidak meredhai pemergianmu emak,cuma saya terkilan tidak sempat untuk menyambut hari ulangtahun ke 56 emak untuk kali ini dengan duit hasil titik peluh saya.
Emak,baru seminggu yang lepas saya menyatakan hasrat untuk berkahwin dan berhasrat emak ada bersama-sama meraikan hari perkahwinan saya nanti tapi saya hanya merancang allah lebih mengetahui.Saya redha bila tibanya hari perkahwinan saya emak tiada disisi meraikannya bersama-sama saudara mara.Paling saya akan berasa kehilangan apabila tiada tangan untuk dicium dan dipeluk selepas sah dijadikan sebagai isteri.
Emak,mungkin tiba hari tersebut tiada lagi dengar suara orang marah cucu-cucu kerana bermain di tangga.Tiada siapa yang mengingatkan saya tanggungjawab sebagai isteri dan menantu.Sungguh saya tidak dapat merasa semua itu kerana ianya hanya khyalan.Saya tak tahu macammana perasaan saya bila tibanya hari itu.Kuatkah saya hadapi semua ini.
Emak,saya sangat terharu apabila emak sempat berpesan kepada ayah untuk menguruskan perkahwinan saya.Walaupun di saat terakhir pemergianmu,emak masih memikirkan tanggungjawab emak untuk melepaskan saya.Insyallah saya akan turuti segala permintaanmu untuk kali terakhir tapi saya akan berasa kehilangan apabila tiba harinya emak tiada disisi.Hati saya sebak perit pedih mahu saja saya menjerit tapi saya masih ingat allah.
Mungkin setiap apa yang dirancang pasti ada hikmah di sebalik semua ini.Saya tahu walau banyak mana pun airmata mengalir jasad emak pasti takkan bersama saya bila tiba harinya.Cuma roh dan doa emak mengiringi saya pada hari bahagia saya.Cuma saya perlu kuatkan semngat serta tabah menghadapi dugaan ini dan redha pemergianmu.Pada saya,setiap malam ada bintang bezanya bintang itu tidak bersinar seperti selalu kerana bintang itu membawa semangat saya pergi bersama untuk selama-lamanya.Dan tiada lagi panggilan emak untuk saya memanggil..
Al-fatehah untukmu emak.
Monday, January 24, 2011
Kau pergi jua

Mu mum telah menghembuskan nafasnya tepat 10.00am pagi pada 21hb.january.2011(hari isnin).Bersyukur dengan ke hadrat illahi setelah menderita penyakit arwah selama 2 tahun akhirnya arwah pergi dengan sekali lafaz mengucap dua kalimah syahadah dengan mudah.(alhamdullilah)Aku bersyukur arwah meninggal disisi aku dan sempat mengajar beliau mengucap.(bukan nak cakap aku baik)Segala urusan pengebumian beliau amat mudah hanya aku terkilan arwah tak sempat untuk merasa duit gajiku.Mungkin ada hikmah di sebaliknya.Yang pergi tetap pergi tetapi yang pergi tiada gantinya.Doakan aku tabah untuk hadapi kehidupan tanpa arwah.Semoga roh arwah mak dicucuri rahmat.AL-fatehah.
Subscribe to:
Posts (Atom)